Monday, February 2, 2009

Daulat Tuanku

Jubli Perak pemerintahan Sultan Azlan Shah

SULTAN Perak Sultan Azlan Shah telah memberi perkenan agar sambutan Jubli Perak pemerintahan baginda yang genap 25 tahun pada 3 Feb ini diadakan secara sederhana kerana baginda peka kepada keadaan ekonomi semasa.Acara sambutan bertumpu kepada yang memperlihatkan sifat kesyukuran kepada Illahi; pentingnya pendidikan dan pelajaran; hubungan mesra dengan rakyat; penghargaan kepada individu yang banyak berjasa dan memberi khidmat setia kepada baginda; menghargai semangat hubungan antara Raja-Raja, Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri dan pimpinan kerajaan persekutuan; serta menghargai perkhidmatan setia pasukan pertahanan dan keselamatan negara yang telah menunjukkan sikap pengorbanan dan taat setia yang tinggi kepada Raja dan Negara, demikian menurut Pejabat Sultan Perak Darul Ridzuan dalam satu kenyataan kepada Bernama hari ini.Acara sambutan yang memenuhi tema-tema tersebut dan diperkenan baginda adalah majlis kesyukuran bacaan Yasin dan tahlil di Majlis Ubudiah, Kuala Kangsar pada 2 Feb, dan istiadat kawalan kehormatan di perkarangan Istana Iskandariah pada 3 Feb.

No comments: