Monday, January 19, 2009

President Baru U.S : Antara harapan dan realiti


WASHINGTON: Majlis mengangkat sumpah Barack Obama sebagai presiden kulit hitam pertama Amerika Syarikat berlangsung hari ini diberi kawalan keselamatan paling ketat bagi melindungi beliau selain jangkaan kehadiran paling ramai dalam sejarah. Dengan kira-kira 1.5 juta orang hadir dalam perayaan tiga hari ini, berpuluh ribu anggota polis dan askar akan mengawal lokasi darat, air dan udara sekitar Washington. Jabatan Keselamatan Dalam Negara dan pihak berkuasa lain tidak melihat wujudnya ancaman serangan yang kukuh tetapi berkata mereka bersedia untuk potensi malapetaka lebih luas termasuk serangan senjata kimia dan cuaca sejuk keterlaluan. Persoalannya adakah akan berlaku perubahan terhadap suasana politik dunia dengan perlantikan President baru U.S ini? Sokongan yang tinggi masyarakat di U.S mengharapkan perubahan yang terbaik daripada Barack obama, jika tida ia hanya cita-cita yang diangan-angankan sahaja.

No comments: