Monday, February 16, 2009

mpv proton


SUBANG JAYA 17 Feb. - Proton Holdings Bhd. (Proton) memilih Exora sebagai nama kepada kenderaan pelbagai guna (MPV) yang akan dilancarkan di pasaran tempatan pada bulan April ini. Pengarah Urusan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, pemilihan Exora dibuat berdasarkan nama saintifik Bunga Siantan iaitu Ixora Fistula yang mana bunganya mengembang secara dalam kumpulan. ''Nama ini sesuai dengan semangat para pengguna Proton Exora yang akan menaikinya bersama-sama ahli keluarga seiring keserasian cogankata yang digunakan bagi kenderaan tersebut, 'keriangan keluarga','' katanya.

Pertandingan memberi nama MPV proton ini pada peringkat awal tidak boleh menggunakan nama daripada jenis tumbuhan atau haiwan, pelik pihak proton pulak ambil nama daripada sejenis tumbuhan. Lagi pun hilang nama malaysia/melayu pada proton seperti sebelum ini gah dengan nama seperti Waja, Perdana, Staria, Jaguh. Siapa lagi yang akan guna nama Melayu/Malaysia kalau bukan kita. Tak mungkin kereta Mercedes akan ambil nama kemboja atau tahi ayam.

No comments: