
Filem seram!: kenapa sekarang ni, banyak filem-filem seram, tahyul ini didedahkan kepada masyarakat. Kenapa perlu takut-takutkan masyarakat dengan filem sebegini. Apakah kita sudah ketandusan idea untuk membikin filem yang dapat membina intelektual "filem cerdik". Dari sudut psikologi jika anak-anak kecil kita dari awal sudah didedahkan dengan tayangan filem sebegini bagaimana untuk mendidik tauhid anak-anak takutkan Allah. Pasti mereka mudah dimomok-momokan dengan hantu dan kaum kerabat keluarganya. Tak sempat mahu tarbiyah anak dengan ilmu tauhid awal-awal lagi televisyen dan filem mendidik anak takut kan hantu dari Tuhan. Takan tak terjual di pawagam filem yang lebih intelektual daripada kita hidangankan filem sebegini. Penonton perlu dididik dengan filem yang ada nilai-nilai ilmu dan intelektual. Jadi kita perlukan orang yang faham dan ada ilmu bikin filem intelektual.
No comments:
Post a Comment