Friday, April 3, 2009

Program Psikopendidikan di Sekolah

Tapah: Program kaunseling komuniti telah berjaya dilaksanakan di sebuah sekolah di Tapah Road, Tapah Perak. Program ini telah mendapat kerjasama sepenuhnya daripada pihak sekolah, ibu bapa dan para pelajar. Program ini memberi pendedahan dan maklumat kepada ibu bapa berhubung salahlaku dan disiplin anak-anak mereka, sebagai satu intervensi daripada berlakunya peningkatan masalah sosial dikalangan para pelajar. Kebanyakan masalah yang kerap berlaku dikalangan para pelajar hari ini ialah terlibat dengan kegiatan seksual luar nikah serta remaja wanita hamil di luar nikah. Manakala para pelajar lelaki pula terlibat dengan kesalahan mencuri motor,memiliki harta curi atau yang berkaitan dengan kecurian. Mengapa perkara ini berlaku?

No comments: