Saturday, February 28, 2009

TAZKIRAH PAGI

Bersempena majlis kesyukuran 'pindah pejabat baru' Pejabat Kebajikan Masyarakat Tapah yang baru sesi tazkirah pagi telah diadakan disampaikan oleh ustaz Zambree Majid. Dalam sesi tersebut beliau mengambil ulasan daripada kitab Imam Al Ghazali berhubung kehidupan manusia. Ada 4 peringkat alam yang bakal dilalui oleh manusia


1. Alam kehidupan sekarang= Sekejap
2.Alam Kubur=Lama sedikit
3.Alam Mahsyar= Agak lama
4.Alam Syurga/neraka=Selama-lamanya.

Jadi buatlah persiapan untuk melalui alam ini. Pada diri manusia juga ada pelbagai watak iaitu watak seperti:

1. Watak malaikat (sanggup dan bersedia untuk membantu tanpa mengharap apa-apa balasan) 2. Binatang (hanya berfikir untuk dirinya semata-mata, tidak peduli hal orang lain) 3. Haiwan berbisa (kehadirannya memberi impak tidak baik kepada orang lain atau masyarakat)

Manusia juga ada diibaratkan seperti:

1.Makanan (orang lain sangat mengharapkan kehadiranya, sangat diperlukan 2. Ubat (kadang-kadang sahaja orang/masyarakat/organisasi perlukan dirinya, walaupun kadang-kadang ia tetap diperlukan) 3. Penyakit (orang lain kalau boleh ingin jauh lari daripadanya, tidak berperanan dan tidak menyumbang apa-apa)

No comments: